Kalau anda menghala ke Grik atau Kelantan dari Kuala Lumpur, sampai di Daerah Lenggong tak tahu nak makan tengahari kat mana, anda boleh cuba singgah di kedai Warung Nasi Talam Ikan Bakar Sepuh.
Kedai ini bertemakan masakan kampung, Warung Nasi Talam Ikan Bakar Sepuh menyediakan masakan ala-ala masakan kampung bagi mana yang menyukai masakan kampung.. Sambil-sambil makan boleh basuh kereta sekali sebab carwash sebelah aje … Antara juadah yang kami sediakan ialah:-
1. Ikan Bakar Berkuah Sepoh
2. Ikan Patin Masak Tempoyak
3. Gulai Kawah
4. Ikan Pekasam
5. Ulam- ulam Sambal Picit
6. Air 1 Jug
Menu bertukar setiap hari.. Harga ??? RM30 aje untuk 4 orang makan.. Jimatkan kan untuk lauk yg pelbagai ? Hehe… Untuk bungkus lauk pun boleh
*Waktu Operasi*
• Isnin – Sabtu
• 8 pagi- 3:00 Petang
Lokasi kedai ini adalah bersebelahan JKR Lenggong.