
Resipi Donut VIRAL Eira Aziera, Terjual 3,000 Biji Dalam Masa 2 Jam JER??
HEBAT penangan Donut Red Velvet Eira Aziera, terus trending resepi donut red velvet ni di media sosial.
Ramai juga yang terjebak nak buat donut red velvet viral ni terutamanya golongan suri rumah dan ibu-ibu. Sebelum ni trending donut susu viral kan? Sekarang donut red velvet viral ambil alih giliran trending pula.
Saya kongikan resipi donut red velvet viral yang mudah ni gerenti menjadi! Peminat red velvet bolehlah cuba buat donut red velvet viral ni.
Ada dua kaedah yang boleh digunapakai sama ada uli guna mesin atau guna tangan. Gunalah cara yang mudah untuk buat donut red velvet. Yang pasti ini bukan resipi asal. Lain orang lain caranya kan. Yang dah biasa buat donut cuma perlu tambahkan perisa red velvet je lah. Sama macam buat donut pandan, kita tambah perasa je.
Eira aziera di maki dan di caci
Resepi Donut Red Velvet ..
BAHAN A
3 sudu besar yis
3 sudu besar gula
Air suam ( air JANGAN terlalu panas & terlalu sejuk..nanti yis mati..x kembang)
Satukan bahan di atas…kacau sebati sampai berbuih & tunggu sampai yis kembang
BAHAN B
1kg tepung gandum
3 sudu besar marjerin
3 sudu susu pekat
2 sudu red velvet emulco ( saya bancuh dgn air sedikit )
Letak secubit garam
Gaulkan bahan-bahan sampai sebati…selepas itu masukkan BAHAN A tadi, uli sampai licin & tak melekat kat tangan.
Rehatkn doh dalam bekas yang tertutup sehingga doh kembang.
Lepas doh dah kembang, tumbuk² doh untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut tadi.
Goreng dengan minyak panas .. api sederhana kecil..
Bila siap goreng, boleh salutkan dengan gula @ coklat…ikut citarasa masing²
Haa senang kan…selamat mencuba!
Kredit : EIRA AZIERA
Sila layari website : https://www.makanbestmalaysia.com
( untuk dapatkan lebih info tentang makan best dan tempat best di malaysia )
Jangan lupa subscribe Youtube Makan Best Perak tekan link di bawah.
https://www.youtube.com/c/MakanBestPerak
Jangan lupa follow Facebook MBP: https://www.facebook.com/makanbestperak
Jangan lupa follow TikTok MBP: https://www.tiktok.com/@makanbestperak
Jangan lupa follow Instagram MBP: https://www.instagram.com/makanbestperak
Jangan lupa subscribe Youtube MBP: https://www.youtube.com/@MakanBestPerak
Follow, comment, share and subscribe tau!
#makanbestperak #makanbestmalaysia #makanbestkualakangsar #makanbesthuluperak #makanbestlarutmatangdanselama #makanbestkerian #makanbestkinta #makanbestkampar #makanbestmanjung #makanbestperaktengah #makanbestbatangpadang #makanbesthilirperak #makanbestbagandatuk #makanbestmuallim
#donutviral #donutredvelvet #eiraaziera