Tempat best bercuti di Masbro Hidden Village Lenggong Perak
1. Tempat best bercuti di Masbro Hidden Village Lenggong Perak
Port baru yang tersembunyi ramai tak tahu.
Jom bercuti dalam ketenangan hutan di Lenggong,PERAK. Lokasinya dalam dusun buah durian, memang tersembunyi tau.




kredit owner gambar di facebook
Harga penginapan:
1. Chalet
– Kadar Harga: RM 50.00 setiap seorang (satu malam), tidak termasuk pakej makan.
– Percuma untuk kanak-kanak di bawah 4 tahun.
– Semua chalet adalah berukuran sama.
– Peruntukan chalet adalah berdasarkan kepada pendaftaran terawal – “siapa cepat, dia dapat!”.
– Sila bawa beg tidur, bantal, selimut dan peralatan mandi untuk keselesaan anda.
– Permaidani, kipas dan suis elektrik disediakan di dalam chalet.
– Satu chalet boleh memuatkan : 2 pasangan,6 ahli keluarga
sekumpulan rakan, antara 5-6 orang
-Memasak dibenarkan di luar chalet. Anda dinasihatkan untuk membawa semua peralatan dan barangan memasak anda sendiri.
2. Perkhemahan
– Kadar Harga: RM30.00 setiap seorang (satu malam)
– Percuma untuk kanak-kanak di bawah 4 tahun.
– Memasang khemah hanya di kawasan yang disediakan sahaja.
– Sila bawa khemah dan peralatan perkhemahan anda sendiri.
– Anda juga boleh membawa tempat tidur gantung (hammocks) dan menggantungkannya di tempat yang disediakan.
Paling best, semua chalet buluh comel di kiri kanan mengadap anak air sungai mengalir tepinya je. Kolam renangnya pakai air bukit tu, menarik sangat..
Chalet ada kipas dan karpet.
Chalet memang stail rumah orang asli. So bawa siap² toto dan bantal. Nak masak sendiri boleh, nak makan di cafe Embun pun boleh. Waktu pagi boleh join chalet ikut aktiviti hiking,mandi kolam,mandi air terjun,menjala ikan.
Berbaloi walaupun jauh ke dalam tapi yang penting kena rancang perjalanan dengan rapi.

Alamat : TM Ladang Teh, 33400 Lenggong, Perak
Hubungi : 012-3775005
Waktu Operasi : Setiap Hari