Tempat makan best dan sedap serta viral di Kuala Lumpur
1. Restoran Sambal Hijau
Foto credit to owner.
Pernah mendapat liputan rancangan Jalan-Jalan Cari Makan sehingga diserbu lebih daripada 2000 orang setiap hari, Restoran Sambal Hijau adalah destinasi menjamu selera yang mesti anda singgah sekiranya ingin melihat pilihan masakan kampung Melayu dan Minang yang banyaknya sehingga mencecah 80 jenis lauk-pauk, ulam-ulaman, sayuran, kuih dan pencuci mulut setiap hari.
Foto credit to owner.
Bagi anda yang bercadang untuk datang beramai-ramai, tempat meletak keretanya cukup luas, tak perlulah anda risau. Ingin lebih selesa? Waktu terbaik untuk anda datang adalah dalam sekitar 10.30 pagi ke 12 tengahari. Kebiasaannya kedai akan mula sesak dengan orang ramai selepas pukul 12. Rancang perjalanan anda untuk mengelakkan masakan mencari meja kosong.
Berkaitan dengan lokasinya, restoran ini terletak bersebelahan dengan Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah, memudahkan anda yang ingin menunaikan solat sebaik masuk waktu tanpa perlu terkejar-kejar.
Alamat: 2990, Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap Hari (7.00 am – 2.00 am)
Lokasi kedai
2. Warong Che Senah
Foto credit to owner.
Warong Che Senah di Kampung Baru bukan sebarang warung ye. Warong ini warong luarbiasa. Berkonsepkan foodcourt, Warong Che Senah ini menawarkan suasana Al-fresco dan juga ruang makan berteduh atau indoor.
Foto credit to owner.
Warong Che Senah menampilkan pelbagai pilihan hidangan yang sedap-sedap belaka. Namun, yang popular di sini ialah shell-out mereka. Selain itu, mereka juga turut menawarkan makanan lain seperti nasi lemak, nasi kerabu, bakso, satay, kerang bakar, laksa, goreng-goreng, semua ada. Kalau terasa nak makan Western, pon ada juga.
Kalau nak snek atau makanan manis, ada ABC, Murtabak Indo, aiskrim dan macam-macam lagi. Jadi, anda pasti banyak pilihan nanti.
Waktu Operasi : Isnin-Khamis (4.00 petang – 1.00 pagi)
Jumaat & Sabtu (4.00 petang-2.00 pagi) | Ahad (4.00 petang-1.30 pagi)
Waktu Operasi: 3.30pm-1am (setiap hari)
Lokasi kedai
3. Restoran Rebung Dato’ Chef Ismail
Foto kredit to owner.
Siapa yang tak kenal dengan chef ternama di Malaysia, Dato’ Chef Ismail? Bukan saja merupakan chef selebriti yang memasak dan menjadi juri rancangan memasak di TV, beliau juga mempunyai restoran sendiri yang saban hari dipenuhi pengunjung. Restoran beliau bukan sahaja menerima kunjungan orang ramai, namun sering menjadi pilihan golongan-golongan VVIP, selebriti, dan di-Raja. Dato’ Chef Ismail memang bukan sebarang chef.
Foto kredit to owner.
makanan yang disajikan berkonsep buffet dan stall. Bayaran juga mengikut pax dan anda boleh menjamu selera sebanyak yang anda mahu. Masakan lauk-pauk kampung yang digandingkan bersama nasi, ulam-ulaman dan macam-macam lagi adalah menu utama di bahagian buffet. Namun, anda juga boleh mendapatkan makanan lain seperti Laksa penang, rojak, cucur dan macam-macam lagi yang disediakan di stall-stall sekitar restoran.
Lokasi kedai
Sumber: maisinggah.com dan saji.my
Jangan lupa follow Facebook MBP: https://www.facebook.com/makanbestperak
Jangan lupa follow TikTok MBP: https://www.tiktok.com/@makanbestperak
Jangan lupa follow Instagram MBP: https://www.instagram.com/makanbestperak
Jangan lupa subscribe Youtube MBP: https://www.youtube.com/@MakanBestPerak
Follow, comment, share and subscribe tau!
#makanbestperak #makanbestmalaysia #makanbestkualakangsar #makanbesthuluperak #makanbestlarutmatangdanselama #makanbestkerian #makanbestkinta #makanbestkampar #makanbestmanjung #makanbestperaktengah #makanbestbatangpadang #makanbesthilirperak #makanbestbagandatuk #makanbestmuallim