Facebook Zul Yahya Steamboat & BBQ

Zulkifli bin Yahaya atau lebih dikenali sebagai Zul Yahya, 49, merupakan bekas pelakon, pelawak, pengarah, dan pengacara Malaysia. Beliau memulakan kerjaya sebagai pelakon remaja sekitar tahun 1990-an dan terus popular menerusi siri-siri komedi keperwiraan pada era 2000-an.
Jika sebut sahaja drama Pepaya yang popular di kaca televisyen sekitar tahun 2008, pasti dalam fikiran kita akan membayangkan watak Zul Yahya yang menjadi kuat selepas memakan betik dan akan memulakan misi untuk membantu orang yang dalam kesusahan.
Namun begitu, Zul Yahya berhenti melibatkan diri dalam industri seni sejak 2005, dan setelah itu beliau mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan di Seksyen 13, Shah Alam.
Ketika disoal mengenai keupayaan bertutur dalam loghat Perak, Zul Yahya mengakui beliau faham istilah-istilah yang dilontarkan oleh orang sekelilingnya namun untuk dia menggunakan loghat tersebut adalah tidak berapa lancar dan “pekat” memandangkan sewaktu kecil beliau pernah membesar di Perak kerana kedua-dua orang tuanya anak kelahiran Perak dan kemudiannya berhijrah ke luar.
Dari tanggungjawab sebagai abang sulung kini menjadi seorang pengusaha restoran yang berjaya
Sangat meminati bidang masakan, terutama “cook by nature” ditambah pula mendapat sambutan dari orang luar pastinya menjadi pemangkin semangat buat Zul Yahya untuk meneruskan perniagaan restoran. Setelah mendapat peluang dan ruang, Zul Yahya kini mengusahakan sebuah restoran yang diberi nama “Zul Yahya Steamboat & BBQ”, terletak di Meru, Ipoh dan telah beroperasi selama hampir 4 tahun.
Zul Yahya sudah lama menceburi diri dalam bidang masakan kerana sudah biasa diajar oleh ibunya dan juga bekerja mencari duit untuk menyara hidup.
Kawan yang jauh lebih menghargai, berbanding saudara terdekat “Apit Wan Lebo”
“Saya merupakan anak sulung dalam keluarga dan sebagai abang sulung, sayalah yang kena buat kerja dapur sementara ibu bekerja. Masak nasi, gulai, sambal dan sebagainya saya perlu belajar dari ibu dan buatkan untuk adik-adik setiap hari.
“Selain itu, saya juga banyak menghabiskan masa remaja dengan bekerja di restoran dan kedai-kedai makan sekitar taman sehinggakan jarang pulang ke rumah,” sambungnya lagi.
Oleh itu, berkat pengalaman yang diperoleh selain didikan ibu untuk memasak menginspirasikan beliau untuk membuka sebuah restoran yang menggunakan resipi sendiri.
“Dulu pesanan pelanggan semua saya masak sendiri, sekarang saya bagi peluang kepada pekerja-pekerja dan saya hanya memantau dengan memastikan resipi dan keperluan sesuatu masakan adalah mengikut piawaian saya supaya kualiti dan rasa tidak lari,” katanya.

Untuk memulakan bisnes mesti ada ujian yang perlu ditempuh untuk jadi lebih baik
“Nak berniaga kena ada ujiannya barulah kita boleh ke depan menjadi lebih baik. Selain itu, sebagai pemilik sesebuah perniagaan kita mesti kena tahu perkara-perkara asas, kalau tidak mesti susah mahu menjayakan perniagaan.
“Contonya, jika kita mahu membuka sebuah bengkel, pemilik mestilah ada kemahiran untuk menggunakan peralatan, mahir teknik mekanikal dan sebagainya. Jika tidak pelanggan hilang kepercayaan dan bisnes pun ‘slow’. Begitu juga dengan saya, nak bangunkan restoran mesti kena ada kemahiran sendiri dan Alhamdulillah saya sudah biasa berperang dengan perkakasan dapur, jadi tiada masalah untuk saya mengusahakan bisnes ini dengan baik.
“Saya juga turunkan ilmu kepada pekerja-pekerja untuk dijadikan panduan dan inspirasi buat mereka suatu hari nanti sekiranya berhasrat mengusahakan restoran juga. Apa yang kita ada lebih baik untuk dikongsikan,” sambungnya lagi.
Menurut Zul Yahya juga, perniagaan ini merupakan sebahagian dari fardu kifayah kerana tidak banyak restoran Steamboat yang dimiliki oleh orang Muslim. Selain itu, beliau dapat memberi peluang pekerjaan kepada orang muda dan sebahagian hasil keuntungan juga akan disalurkan kepada luar seperti membantu golongan yang terkesan sepanjang pandemik Covid-19 sebelum ini.
Zul Yahya Steamboat & BBQ beroperasi setiap hari (kecuali Selasa), bermula jam 12.30 tengah hari sehingga 11.00 malam. Untuk tempahan dan pertanyaan hubungi 013-503 0075.
Cabaran peralihan dari dunia seni ke dunia perniagaan
Berhenti dari bidang lakonan dan beralih ke dunia perniagaan semestinya perkara yang baru buat Zul Yahya dan dia terpaksa menyesuaikan diri untuk menempuh cabaran-cabaran tertentu.
“Suasana dah tak sama, masa saya buat keputusan berhenti dari industri seni dulu terpaksa tinggalkan harapan dan bakat semata-mata nak beralih ke harapan baru, iaitu perniagaan. Modal masa itu pun tak banyak mana. Saya berpakat dengan isteri, saya kata kita buat (berniaga) setakat yang mampu dahulu, alatan serta perkakasan dapur kita pinjam daripada orang.
Eira Aziera dari peniaga jalanan ke cafe
“Selain itu, keuntungan berniaga pula tak menentu, berbanding masa berlakon dulu yang mana kita dah tahu berapa dibayar, tak perlu susah-susah fikir modal, tunjuk bakat je. Berbeza dengan bisnes, jika modal RM2000 berapa keuntungan boleh jamin? Kita sendiri tidak pasti berapa hasil dalam sehari boleh dapat,” katanya ketika ditanya cabaran yang dihadapi selepas berhenti dari industri seni.
“Apa yang saya perhatikan, siapapun yang berniaga dan sudah berjaya sebenarnya dia sudah mengalami pelbagai cabaran dan kesusahan yang berkali-kali. Namun, dia tidak patah semangat dan jadikan ujian yang dihadapi sebagai peluang untuk mencipta kejayaan.
“Orang yang berniaga ni dia takkan berjaya terus. Jangan kita nampak dia buat bisnes sudah kaya dan senang padahal kita tak tahu macam mana kesusahan yang dia hadap selama ini, entah-entah lebih susah dari kita. Tetapi, kesusahan itulah buat dia berdendam untuk bangkit dan terus berusaha mengubah nasib hidup,” kata Zul Yahya lagi.
Mahu fokus kepada perniagaan dan memberi keluarga didikan agama yang mencukupi
Pengetahuan dan didikan agama amat penting untuk menjadi perisai yang menghalang kita daripada terjebak dengan gejala sosial yang tidak sihat dan merosakkan akhlak.
Zul Yahya sebelum ini menyertai kumpulan tabligh untuk menambah pengetahuan agama dan mendidik diri ke arah yang lebih baik.
“Sebagai seorang ayah, adalah tanggungjawab kita untuk mendidik dan membekalkan keluarga dengan pengetahuan agama. Untuk mendidik mereka, pastikan diri kita juga perlu berubah dan mempunyai pengetahuan agama yang baik sebelum menjadi contoh teladan kepada mereka.
Beliau juga mengambil keputusan memberhentikan anak-anaknya daripada meneruskan persekolahan kerana meletakkan ilmu akhirat sebagai keutamaan hidup
“Kami ibu bapa berhentikan anak-anak kami daripada sekolah bukan kerana tak ambil berat masa depan mereka, tetapi kami nak anak-anak kami lebih berjaya di akhirat kelak.
“Insya-Allah ilmu akhirat itu lebih penting daripada segala-gala ilmu,” ujar pelakon berusia 49 tahun itu.
Untuk rekod, Zul mendirikan rumah tangga bersama isteri, Siti Raihan Mohd. Rodzi pada Disember 2007 dan dikurniakan enam orang cahaya mata masing-masing tiga perempuan dan tiga lelaki berusia antara setahun hingga sepuluh tahun.
Jangan lupa follow Facebook MBP: https://www.facebook.com/makanbestperak
Jangan lupa follow TikTok MBP: https://www.tiktok.com/@makanbestperak
Jangan lupa follow Instagram MBP: https://www.instagram.com/makanbestperak
Jangan lupa subscribe Youtube MBP: https://www.youtube.com/@MakanBestPerak
Follow, comment, share and subscribe tau!
#makanbestperak #makanbestmalaysia #makanbestkualakangsar #makanbesthuluperak #makanbestlarutmatangdanselama #makanbestkerian #makanbestkinta #makanbestkampar #makanbestmanjung #makanbestperaktengah #makanbestbatangpadang #makanbesthilirperak #makanbestbagandatuk #makanbestmuallim