Hai hampaaa! Haa kalini min nak kongsikan dekat hampa semua “Port Makan Nasi Berlauk Best di Penang” haa amacam rancak tak rancak? ahahahaha. Sebabnya kan min tengok kalau ada yang dari luaq nak mai jalan-jalan Penang mesti benda first depa cari kedai nasi kandaq betoi dak? Okay jadi min nak share pulak kalini port makan lain selain nasi kandaq khas buat mereka di luar sana yang kita kata kureng berminat sikit nak makan nasi kandaq ni. Port-port ni orang kata hidden germ jugak pasai apa min sendiri orang Penang dan banyaknya dalam list ni member-member min yang kongsikan. Jadi, selamat membaca hampaaaa
1. Tempat makan menarik di Penang Kak Ani Kari Semilang
Walaupun takdak sapa tanya tapi min nak habaq jugak dulu min sekolah rendah di SK Permatang Damar Laut ahahahaha. So, tak sampai 5 minit dari sekolah min ada satu port makan nasi berlauk boek punya iaitu Kak Ani Kari Sembilang.
Dah nama punya Kak Ani Kari Sembilang dah tentu-tentulah paling famous sini kari ikan sembilang. Tak minat ikan sembilang? Hampa jangan risau sebab sini ada lagi lauk lain contohnya kari ikan senangin, ikan bakaq, sotong bakaq pun ada hampa.
Kalau takmau makan kari pun ada jenih lauk lain. Masak lemak ada, kerabu kaki ayam ada, kerabu rumpai laut ada, masak lemak ckicap dan ayam masak merah. Haaa rancak dak?
Yang paling bestnya kedai ni hampa boleh makan sambil tengok permandangan laut taudak! Sebab kedai min habaq ni betui betui berhadapan dengan laut. Memang port healing jugak sebenaqnya ni. So hampa jangan lupa try nah!
Lokasi: 7127, Lintang Permatang Damar Laut, Rumah Murah Fasa 2, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang.
Waktu Operasi: 10:30 pagi – 3:00 petang (Rabu tutup)
Klik Peta di bawah untuk ke Lokasi
2. Tempat makan menarik di Penang Restoran Minah
Seterusnya min nak share dekat semua satu kedai nasi campoq lauk utara di Penang iaitu Restoran Minah. Nama restoran ni diambil sempena nama Aminah Bee yang merupakan seorang tukang masak yang memang padu memasak kalau hampa nak tau.
Restoran ini jugak mula beroperasi sejak tahun 1956 dengan lebih 50 jenis pilihan lauk. Orang luaq biasanya jarang pi sini sebabnya restoran ni terletak jauh dari pusat bandaq.
Antara lauk yang paling laku keras kat sini adalah Kurma Kambing dan Pajeri. Kalau ayaq pulak biasanya orang akan order Limau Asam Boi dan Sirap Bandung. Memang banyak sangat pilihan lauk hampa boleh try antaranya Gulai Kari Kepala Ikan, Ayam Goreng Minah, pelbagai jenis ulam-ulaman dan sambal belacan! Memang terangkat wehhh.
Memang ramai habaq kata makanan dekat Restoran Aminah ni sangat sedap dan merupakan salah satu port terbaik untuk hampa menikamti masakan Melayu yang autentik di Penang haaa. Hat ni pun wajib hampa pi!
Lokasi: Jalan Sultan Azlan Shah, Taman Tun Sardon, 11700 Gelugor, Pulau Pinang.
Waktu Operasi: 9:00 pagi – 4:00 petang (Isnin tutup)
Klik Peta di bawah untuk ke Lokasi
3. Tempat makan sedap di Penang Nasi Campur Awet Muda
Kalau hampa nak merasa selalu muda haaa boleh singgah di restoran kedua yang min nak share kat hampa ni iaitu Restoran Nasi Campur Awet Muda bertempat di Sungai Dua, Penang. InshaAllah “Tetap Muda Selamanya” katanya hahahaha.
Restoran Nasi Campur Awet Muda ini sangat terkenal dengan pelbagai jenis hidangan masakan Melayu kampung termausklah ayam panggang, ikan bakaq, sayuran ala-ala Cina, ulam-ulaman, dan macam-macam lagi.
Dan untuk pengetahuan hampa, restoran ini hanya menyediakan makanan sarapan dan tengah hari sahaja. Bukan tu saja, dekat sini pun ada jugak dijual dessert antaranya cocktail, cheese kut, kek coklat, aneka kuih-muih dan macam-macam lagi.
Bukan tu saja nah, kalau hampa nak tau YB Syed Saddiq pun besa mai makan sini tauuu. Jadi apa alasan hampa takmau pi cuba makan kat sini ahahahah. Jangan lupa singgah!
Lokasi: 795-B, Lorong Sungai Dua, Kampung Dua Bukit, 11700 Gelugor, Pulau Pinang
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 4:30 petang (Ahad tutup)
Klik Peta di bawah untuk ke Lokasi
4. Tempat makan sedap di Penang Kedai Makanan Lidiana
Haa untuk hampa yang mai jalan-jalan di Penang, min pasti hampa mesti akan pi lepak Batu Ferringhi kan? haaa sebelum nak sampai tu hampa akan lalu Masjid Terapung Tanjung Bungah. Dekat situ kalau nak tau ada satu port nasi berlauk surrr punya iaitu Kedai Makanan LIdiana betui-betui bertentangan dengan masjid terapung tu.
Kedai ni jangan tanya la best ka tak best pasai apa ramai sangat dahhh orang piii. Ya Allah min taktau nak habaq la berapa ramai dah artis yang kalau mai jalan-jalan Penang mesti singgah kedai ni. Chef Wan hat chef nombor 1 di Malaysia tu pun mai. Bukan kata tu ja, channel omputeh yang Discovery Channel tu pun best mai sini tau!
Banyak sangat lauk-pauk kat sini hampa, min pun tak termampu dah nak tulis satu-satu. Tapi memang favourite min nasi tomato dia, ayam masak kicap, ikan bakaq sumbat, segala jenis kari ada, ayam goreng, ikan bawal goreng dan aihh banyak sangat la hampa kena pi sendiri!
Semuanya kat sini masakan ala kampung, bukan style nasi kandaq la nah. Sini memang port nasi campur masakan ala kampung. Semuanya sedap-sedap. Hampa boleh pilih nak makan di kedai atau tapau bawa balik. Kalau datang waktu puncak, mungkin hampa kena berperang sikit la nak cari parking. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih betoi dak?
Lokasi: Medan Selera, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Waktu Operasi: 7:30 pagi – 3:00 petang (Ahad tutup)
Klik Peta Di Bawah Untuk Ke Lokasi
5. Syazana Nasi Melayu
Syazana Nasi Melayu bukanlah restoran biasa-biasa sahaja. Restoran ini telah beroperasi sejak tahun 2000, dan telah mendapat banyak pujian dan ulasan positif dari pelanggan yang telah merasai makanan di sini.
Restoran ini juga telah menjadi viral di media sosial seperti Facebook dan TikTok, dengan video-video yang menunjukkan kepelbagaian dan kelazatan lauk-pauk yang disediakan.
Antara lauk-pauk yang popular di Syazana Nasi Melayu adalah ayam masak merah, daging rendang, ikan goreng, sotong masak lemak, telur dadar, sayur campur, dan banyak lagi.
Lauk-pauk ini disajikan dengan nasi putih yang panas dan lembut, serta sambal belacan yang pedas dan menyengat.
Selain itu, Syazana Nasi Melayu juga menawarkan menu-menu lain seperti roti canai, roti jala, mee goreng, nasi goreng, dan lain-lain. Menu-menu ini juga tidak kalah sedap dan mengenyangkan.
Kalau korang ke Penang hampa mesti singgah ke kedai ni. Selamat mencuba.
Thursday | 10 am–4 pm, 6–11 pm |
Friday | 10 am–4 pm, 6–11 pm |
Saturday | 10 am–4 pm, 6–11 pm |
Sunday | 10 am–4 pm, 6–11 pm |
Monday | Closed |
Tuesday | 10 am–4 pm, 6–11 pm |
Wednesday | 10 am–4 pm, 6–11 pm |