Seperti yang kita tahu bahawa Malaysia kaya dengan kepelbagaian makanan dari pelbagai negeri. Antaranya adalah negeri Melaka yang mempunyai destinasi percutian yang menarik dengan kewujudan terlampau banyak tempat makan menarik di Melaka.
Pelbagai pilihan kedai makanan sama ada sarapan pagi, makan petang atau malam, boleh ditemui untuk memuaskan bermacam selera yang menyapa jiwa terutama sekali bagi mereka yang suka ‘food hunting’ kedai makanan yang viral di sekitar negeri Melaka.
Dari menu asam pedas yang boleh membuatkan telinga berasap
hinggalah kepada coconut shake yang viral di serata Malaya, sangat banyak destinasi makan-makan yang mesti anda cuba di Melaka. Nak tahu secara terperinci di manakah tersoroknya semua lokasi makan menarik di Melaka? Teruskan membaca senarai tempat makan menarik di Melaka sehingga ke penghujung.
1. Yong Taufoo Tokmer
Bagi anda yang gemar makan Yong Taufoo, boleh singgah di restoran Yong Taufoo Tokmer.
Mempunyai 3 cawangan di Melaka, iaitu Semabok Perdana, Jasin bestari dan Merlimau.
Waktu operasi Setiap Hari.
Bermula jam 4.45ptg – 11.30 malam.
Antara Menu yang terdapat di kedai ini :
- Yong taufoo bersup
- Yong taufoo goreng
- Nasi ayam
- Sotong kangkung
Lokasi Kedai di Melaka :
Jasin bestari – https://g.co/kgs/pqyqvLC
Merlimau – https://g.co/kgs/oT1JFSR
Semabok Perdana – https://g.co/kgs/cYoDwRo
Nombor WhatsApp – Klik Sini
Monday | 4.45 pm–11.30 pm |
Tuesday | 4.45 pm–11.30 pm |
Wednesday | 4.45 pm–11.30 pm |
Thursday | 4.45 pm–11.30 pm |
Friday | 4.45 pm–11.30 pm |
Saturday | 4.45 pm–11.30 pm |
Sunday | 4.45 pm–11.30 pm |
2. Asam Pedas Claypot Restoran Kota Laksamana
Melaka dan asam pedas adalah satu gabungan yang tidak langsung boleh dipisahkan.
Sebut saja Melaka pasti akan ada penggemar makanan terbayangkan asam pedasnya yang amat digemari bukan saja masyarakat setempat malah juga pengunjung dari luar.
Panas, pedas dan masam – tiada apa-apa yang setanding asam pedas yang digandingkan dengan sepinggan nasi putih panas!
Dihidangkan dalam periuk tanah untuk mengekalkan kepanasan, anda tidak akan dapat berhenti menikmati kuah di Asam Pedas Claypot Restoran Kota Laksamana.
Terdapat pelbagai pilihan makanan laut dan daging yang boleh anda pilih tetapi yang paling popular ialah ikan pari (ikan pari) dan daging lembu (daging tetel).
Monday | 6 pm–2 am |
Tuesday | Closed |
Wednesday | 6 pm–2 am |
Thursday | 6 pm–2 am |
Friday | 6 pm–2 am |
Saturday | 6 pm–2 am |
Sunday | 6 pm–2 am |
3. Ee Ji Ban Chicken Rice Ball
Salah satu makanan yang sinonim dengan masyarakat Malaysia adalah nasi ayam, kombinasi nasi berperisa, ayam panggang atau kukus beserta sambal dan kicap itu boleh dikatakan sebagai makanan yang disukai ramai.
Restoran ini menyediakan makanan Cina yang halal dan antara menunya yang paling terkenal adalah bebola nasi ayam atau nasi ayam kepal.
Untuk pengetahuan, kebanyakan kedai di Melaka adalah non-halal kecuali satu kedai nasi ayam HALAL ni, Restoran Ee Ji Ban Chicken Rice Ball.
Selain nasi ayam terkenal, mereka juga menyajikan hidangan Nyonya yang lain seperti sambal petai, telur dadar cincalok, asam pedas dan banyak lagi.
Isnin | 11:30 am–9 pm |
Selasa | 11:30 am–9 pm |
Rabu | 11:30 am–9 pm |
Khamis | Tutup |
Jumaat | 11:30 am–9 pm |
Sabtu | 9:30 am–9 pm |
Ahad | 9:30 am–9 pm |
4. Tempat Makan Menarik di Melaka Atlantic Nyonya Restaurant
Melaka terkenal dengan makanan Nyonya yang dipengaruhi oleh budaya Peranakan dari zaman dahulu.
Di Atlantic Nyonya Restaurant, anda akan dihidangkan pelbagai alternatif halal kepada hidangan tradisional seperti udang lemak nenas, siakap cili garam, ayam rendang, sambal udang petai dan banyak lagi. Dengar cerita, cendol di sini sangat padu!
Atlantic Nyonya Restaurant yang terletak di Taman Malim Jaya. Cawangan di sini mempunyai sijil halal. Oleh itu, pengunjung muslim boleh makan dengan tenang!
Bukan makanan sahaja yang sedap, malah restoran juga sangat cantik. Dekorasi restoran 100% berkonsepkan baba nyonya. Sesuai untuk mereka yang suka ootd!
Isnin | 11:30 am–9:30 pm |
Selasa | 11:30 am–9:30 pm |
Rabu | 11:30 am–9:30 pm |
Khamis | 11:30 am–9:30 pm |
Jumaat | 11:30 am–9:30 pm |
Sabtu | 11:30 am–9:30 pm |
Ahad | 11:30 am–9:30 pm |
5. Klebang Original Coconut Shake
Tidak mungkin Klebang Coconut Shake yang terkenal tidak termasuk dalam senarai untuk ‘food hunt’. Kedai viral ini tidak perlu diperkenalkan lagi.
Tempat ini sememangnya tempat wajib untuk peminat ‘coconut shake’ jika anda datang ke sini. Memang coconut shake yang asli di Melaka.
Ramai penggemar makanan sanggup memandu berjam-jam ke Klebang di Melaka hanya untuk menikmati coconut shake ini.
Kelapa muda segar (isi dan air) dicampur dengan susu dan ditambah dengan satu sudu ais krim vanila, ia adalah penawar yang sempurna untuk hari yang panas dan cerah!
Isnin | 11 am–6:30 pm |
Selasa | 11 am–6:30 pm |
Rabu | 11 am–6:30 pm |
Khamis | 11 am–6:30 pm |
Jumaat | 11 am–6:30 pm |
Sabtu | 11 am–6:30 pm |
Ahad | 11 am–6:30 pm |
6. Kuih Keria Antarabangsa
Ada banyak penjual kuih keria di Melaka ni. Tapi yang paling famous adalah keria antarabangsa yang terletak di Jalan Limbongan, Klebang Melaka.
Ramai yang menyukai kuih keria di sini terutama semasa ia masih panas. Jadi, usah terkejut dengan barisan panjang manusia yang mahu membeli kuih keria.
Menurut pelanggan, kuih keria kebiasaannya habis kira-kira pukul 5 petang. Jika mereka kehabisan kuih keria semasa anda tiba, jangan bimbang kerana anda masih boleh mencuba laksa mereka pula.
Isnin | 10 am–5:30 pm |
Selasa | Tutup |
Rabu | 10 am–5:30 pm |
Khamis | 10 am–5:30 pm |
Jumaat | 10 am–5:30 pm |
Sabtu | 10 am–5:30 pm |
Ahad | 10 am–5:30 pm |
7. Pak Putra Tandoori & Naan
Walaupun makanan India tidak berada dalam senarai teratas apabila pengunjung datang ke Melaka, Pak Putra pastinya tidak boleh dilepaskan.
Untuk peminat roti nan, kedai ini wajib anda pergi jika di Melaka. Pelbagai roti naan anda dapat pilih di sini.
Antaranya yang sangat dicadangkan adalah roti nan cheesenya dan juga roti nan garlic, memang terangkat! Jangan lupa untuk pesan ayam tandoorinya.
Dikatakan ayam tandoorinya memang terbaik kerana ianya memang mempunyai resepi rahsia dan sangat disyorkan oleh peminat yang cuba makan di sini.
Isnin | Tutup |
Selasa | 5:30 pm- 1 am |
Rabu | 5:30 pm- 1 am |
Khamis | 5:30 pm- 1 am |
Jumaat | 5:30 pm- 1 am |
Sabtu | 5:30 pm- 1 am |
Ahad | 5:30 pm- 1 am |
8. Tempat Makan Menarik di Melaka Mee Goreng Hassan
Mee yang terkenal dihidangkan di sini dikenali sebagai Mee Hassan atau lebih dikenali dengan Mi Bodoh yang hanya dibuka pada waktu pagi.
Jadi, gerai ini memang port sarapan yang terbaik. Ia adalah hidangan unik yang telah mendapat populariti selama bertahun-tahun.
Mee digoreng tanpa bahan tambahan seperti ayam, daging lembu, atau sotong. Ia dihidangkan bersama tauge dan sambal, kuah pedas.
Hidangan ini terkenal dengan rasa lazat dan kesederhanaan, yang membuatkan pelanggan kembali untuk mendapatkan lebih banyak lagi.
Apa yang menarik adalah anda bukan sahaja akan melihat bangsa Melayu bersarapan di sini, malah ia dipenuhi dengan pelanggan berbangsa Cina dan India.
Anda juga mesti mendapatkan bahagian sambal istimewa mereka. Mee Bodoh mereka dibuat dengan beberapa ramuan mee kuning, taugeh dan sambal istimewa buatan sendiri!
Untuk merasai mi ini, anda perlu ke sana lebih awal kerana ia hanya dibuka pada waktu pagi dan boleh dijual dengan cepat.
Isnin | 7:30 am- 10:45 am |
Selasa | 7:30 am- 10:45 am |
Rabu | 7:30 am- 10:45 am |
Khamis | Tutup |
Jumaat | 7:30 am- 10:45 am |
Sabtu | 7:30 am- 10:45 am |
Ahad | 7:30 am- 10:45 am |
9. Tempat Makan Menarik di Melaka Roti Canai Kayu Arang
Nak sesuatu yang unik? Jom kita terjah gerai Roti Canai Kayu Arang! Ia terkenal dengan roti canai uniknya yang dimasak di atas arang yang memberikan rasa tersendiri.
Kedai makan ini dibuka hampir setiap hari dari Isnin sehinggalah hari Ahad. Jadi, tiada masalah untuk datang pada bila-bila waktu.
Roti Canai Kayu Arang ini terletak betul-betul di tepi Jalan Malim-Bachang. Jadi, tidaklah susah untuk singgah sarapan pagi.
Sebut sahaja ‘breakfast’ dan ‘local food’, kedai ini wajib anda terjah. Gerai ini menjadi semakin popular sejak mendapat liputan daripada program TV popular iaitu Jalan-Jalan Cari Makan yang disiarkan di saluran TV3.
Isnin | 7 am- 12 pm |
Selasa | 7 am- 12 pm |
Rabu | Tutup |
Khamis | 7 am- 12 pm |
Jumaat | 7 am- 12 pm |
Sabtu | 7 am- 12 pm |
Ahad | 7 am- 12 pm |
10. Cendol Jam Besar (Clock Tower)
Cendol Jam Besar menjadi kegemaran pengunjung terletak secara strategik di seberang Dataran Belanda di tepi Sungai Melaka.
Selepas berjalan-jalan dan bersiar-siar di sekitar kawasan pada petang yang cerah, semangkuk cendol daripada penjual jalanan ini akan menjadi penyelamat anda!
Bukan sahaja murah dan lazat, anda juga boleh menikmati pemandangan sambil menikmati pencuci mulut anda.
Anda bukan saja boleh menikmati cendol, tetapi juga keindahan Sungai Melaka dan tiupan angin yang mendamaikan di tengah kepanasan Bandaraya Melaka.
Cendol dengan jagung, kacang merah, pulut, aiskrim dan pelbagai lagi pilihan untuk dipilih. Antara cendol yang menjadi pilihan ialah cendol durian.
Santan yang lemak berkrim, gula Melaka asli yang wangi, ditambah pula cendol yang lembut, jagung yang rangup memang mudah sekali menangkap selera anda, tambahan pula jika anda kehausan semasa cuaca panas terik.
Isnin | 10:30 am- 7 pm |
Selasa | 10:30 am- 7 pm |
Rabu | 10:30 am- 7 pm |
Khamis | 10:30 am- 7 pm |
Jumaat | 10:30 am- 7 pm |
Sabtu | 10:30 am- 7 pm |
Ahad | 10:30 am- 7 pm |
11. Tempat Makan Menarik di Melaka Ikan Bakar Parameswara
Terdapat pelbagai gerai ikan bakar di medan ikan bakar ini, tetapi yang sering diterjah ramai adalah Ikan Bakar Parameswara. Restoran ini menyajikan makanan laut dan masakan Malaysia.
Restoran ini terkenal dengan hidangan makanan laut panggangnya, termasuk ikan bakar tersebut menawarkan pelbagai pilihan ikan seperti pari, siakap, jenahak, dan banyak lagi.
Selain ikan bakar, anda boleh mencuba menu lain seperti sotong goreng tepung, udang goreng tepung dan ketam sambal, dijamin enak! Kawasan yang agak luas dan selesa untuk parking.
Kalau datang waktu petang, boleh la makan sambil layan angin laut, sebab ikan bakar parameswara ni duduk kat sebelah laut dan dibuatkan laluan titi di celah-celah pokok bakau untuk pengunjung nak ambil angin.
Isnin | Tutup |
Selasa | 5 pm – 12 am |
Rabu | 5 pm – 12 am |
Khamis | 5 pm – 12 am |
Jumaat | 5 pm – 12 am |
Sabtu | 5 pm – 12 am |
Ahad | 5 pm – 12 am |