Ad imageAd image

Sarapan Pagi Menarik dan Sedap di Melaka

Makan Best Malaysia 1.5k Views
7 Min Read

Melaka dikenali sebagai Melaka Historical City yang merupakan destinasi yang popular bagi para pelancong yang ingin menjelajahi warisan budaya dan kulinari di Malaysia. Ketika anda berada di Melaka, salah satu pengalaman yang tidak boleh ditinggalkan adalah dengan merasai sendiri kenikmatan sarapan pagi khasnya yang menarik dan sedap.

Sarapan pagi di Melaka tidak hanya lazat, tetapi ianya juga memberikan pengalaman yang memuaskan bagi pencinta kulinari. Bagi sesiapa yang mencari pengalaman sarapan pagi terbaik di Melaka pada tahun 2023, kami mengesyorkan beberapa tempat terbaik yang harus anda cuba.

1. Roti Canai Kayu Arang

Sarapan pagi yang sangat popular di Malaysia adalah Roti Canai. Roti canai adalah hidangan roti lempeng yang digoreng dengan minyak dan biasanya disajikan dengan kari.

Di Kayu Arang, mereka menggunakan teknik tradisional memasak roti canai di atas arang, memberikan rasa yang unik dan sedap. Anda boleh memilih dari pelbagai jenis kari, termasuk kari ayam, daging, dan ikan. Hidangan roti canai yang lembut dan kari yang pekat pasti akan memuaskan selera anda.

Selain itu, suasana tempat ini yang santai membuat sarapan di sini semakin nikmat. Dengan mengkombinasikan roti canai dengan pelbagai jenis kari yang disediakan, anda akan menemui kesempurnaan dalam setiap gigitan.

Isnin7 am- 12 pm
Selasa7 am- 12 pm
RabuTutup
Khamis7 am- 12 pm
Jumaat7 am- 12 pm
Sabtu7 am- 12 pm
Ahad7 am- 12 pm

2. Nasi Lemak (Tokong) Warisan Bachang

Sarapan pagi tidak lengkap jika tidak dimulakan dengan hidangan nasi lemak yang seringkali dicari oleh masyarakat di seluruh Malaysia. Nasi lemak Warisan di Melaka adalah tempat yang wajib dikunjungi untuk menikmati nasi lemak yang lazat.

Hidangan ini terdiri daripada nasi yang dimasak dengan santan kelapa, disajikan dengan sambal pedas, telur rebus, ikan bilis, dan kacang. Anda juga boleh menambahkan pilihan hidangan seperti rendang ayam atau sotong goreng.

Rasanya yang kaya dan tekstur yang lembut membuatkan pengalaman sarapan di sini tidak dapat dilupakan. Sarapan pagi Malaysia yang paling ikonik adalah Nasi Lemak, dan Nasi Lemak Warisan di Melaka adalah salah satu tempat terbaik untuk menikmatinya. 

Isnin7 am- 3 pm
Selasa7 am- 3 pm
Rabu7 am- 3 pm
Khamis7 am- 3 pm
Jumaat7 am- 3 pm
SabtuTutup
Ahad7 am- 3 pm

3. Warung Hajjah Robiah

Warung Hajjah Robiah menyediakan pelbagai makanan khas Melaka. Contohnya Lontong Kering, Lempeng, Sate dan macam-macam kuih Melaka. Anda mesti datang awal sebelum jam 9.00 pagi untuk mengelakkan kesesakan dan mudah mendapatkan tempat duduk.

Sarapan pagi di sini menggunakan konsep mini medan selera. Terdapat  pelbagai makanan tempatan dan perkhidmatan yang baik juga disediakan di sini. Pelbagai menu, makanan yang sedap dengan harga yang sangat berpatutan untuk sarapan pagi.

Ianya juga menyajikan makanan masakan Melayu tempatan dan kemungkinan besar menjadi sangat sesak semasa musim cuti sekolah. Dengan hanya RM2 anda boleh dapat 5 keping roti jala dengan kari ayam.

IsninTutup
Selasa7 am- 11 am
Rabu7 am- 11 am
Khamis7 am- 11 am
Jumaat7 am- 11 am
Sabtu7 am- 11 am
Ahad7 am- 11 am

4. 8272 Barakah Corner

Kalau korang sampai di Melaka awal pagi, bolehlah singgah untuk sarapan di sini. Gerai yang terletak di Kampung Lapan, Melaka ni ada menyediakan Roti Canai Merecik Special atau lebih dikenali juga sebagai ‘Roti Canai Burrito‘.

Sekiranya anda ingin merasakan pengalaman penyajian yang istimewa iaitu dengan menjadikannya sangat unik dan hipster makanya memang sesuai untuk ‘food hunt’. Roti canai ni ada inti di dalamnya seakan murtabak. Cuma bentuknya lain kerana digulung seperti “burrito”.

Selain dari Roti Canai Burrito ni, ada banyak lagi menu lain yang korang boleh cuba di sini seperti, Roti Canai Cheese Merecik, nasi lemak dan sebagainya.  Patutlah makin ramai yang datang dari jauh semata-mata untuk cuba menu di sini. 

Isnin7:30 am- 2:30 pm
SelasaTutup
Rabu7:30 am- 2:30 pm
Khamis7:30 am- 2:30 pm
Jumaat7:30 am- 2:30 pm
Sabtu7:30 am- 2:30 pm
Ahad7:30 am- 2:30 pm

5. Awang Roti Canai

Sekiranya anda ke Melaka,  ini adalah salah satu tempat sarapan pagi yang tidak boleh anda lepaskan. Tempat ini sangat asas dan ia adalah “kafe” kayu yang menyajikan Roti Canai dan kari kepala ikan.

Anda disarankan untuk datang sarapan di sini sebelum jam 9 pagi untuk mengelakkan anda tidak kecewa kerana roti canai dan kepala ikan di sini mmg laris ye. Roti tu bukan roti mamak biasa tetapi ianya gebu dan rangup di luar.

Kari kepala ikan digandingkan dengan kari sotong akan memberikan anda pengalaman makan roti canai yang terbaik di Melaka. Awang Roti Canai terletak sebelum menuju ke Bandaraya Melaka supaya anda boleh mengisi perut anda sebelum ke Bandaraya Melaka.

IsninTutup
Selasa7am – 11am
Rabu7am – 11am
Khamis7am – 11am
Jumaat7am – 11am
Sabtu7am – 11am
Ahad7am – 11am
Share This Article