Tempat makan best dan sedap serta viral di Ipoh,
Tercari-cari tempat makan sekitar Ipoh yang boleh anda tuju? Jangan risau, kami ada senarainya.
Jadi, teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!Nah, senarai tempat makan menarik di Ipoh wajib anda pergi.
1.Nasi Ganja Kedai Kopi Yong Suan Ipoh
Restoran ini merupakan antara restoran yang paling selalu orang datang untuk merasai menu terkenal mereka iaitu Nasi Ganja.
Bukan itu sahaja, sesiapa saja yang datang makan di sini pasti pinggan mereka penuh dengan berbagai lauk-pauk dek kerana rambang mata untuk memilih. Kalau makan di sini memang akan kenyang seharian!
Alamat: 2, Jalan Yang Kalsom, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 4pm)
Lokasi Kedai
2. Mee Udang & Ketam Sempoiii Diraja Dan Masakan Thai
Chef Qairul Safwan (OWNER) dan Keluarga Mereka telah bekerjasama untuk membuka salah satu restoran makanan laut paling menarik di Tanjung Rambutan.
Keistimewaan kami adalah makanan laut yang enak yang dihasilkan dengan kepintaran dan semangat yang diilhamkan oleh rasa makanan laut yang hebat. Kami sangat berbangga dapat meningkatkan hidangan makanan laut kegemaran anda dengan cara baru dan kreatif.
Kedai sarapan pagi paling sedap di Ipoh
Kalau datang ke sini, tanya dulu harga untuk 100 gram bagi setiap hidangan makanan laut anda. Harga-harganya berubah tiap-tiap hari mengikut harga pasaran. Kalau nak makan murah sikit, kenalah datang ketika musim sumber laut banyak di sini.
Waktu Operasi: 4.00 pm – 11.45 pm kecuali Selasa Tutup
Lokasi Kedai
3. Restoran Claypot Raja Patin
Kedai yang telah tular di media sosial ini mungkin membuatkan anda perlu beratur terlebih dahulu, tetapi jangan risau, kesedapan makanan di sini akan membuatkan anda lupa akan kelelehan sewaktu beratur.
Apa kelainan daripada kedai lain dengan menghidangkan makanan di dalam talam. Anda boleh mendapatkan hidangan didalam talam di sini dengan harga serendah RM 35.
Selain itu, anda juga boleh memilih set talam untuk berkongsi dengan beberapa orang yang anda inginkan. Yang istimewanya, anda boleh mencampurkan hidangan barat dengan nasi didalam satu talam.
Anda perlu mencuba gabungan chicken chop, lamb chop, spaghetti dengan nasi goreng dalam satu hidangan di sini kerana memang berbaloi.
Waktu Operasi: 12.00 pm – 7.00 pm
Lokasi Kedai
4. Nasi Lemak Ayam Kampung Tempat Makan Menarik di Ipoh
Restoran ini merupakan tempat menarik di Ipoh
yang wajib dikungjungi untuk menikmati nasi lemak yang sangat sedap.
Satu keunikan nasi lemak di sini ialah sambalnya tidak terlalu pedas dan ada rasa manis yang tidak keterlaluan. Pendek kata, cukup rasa pada lidah orang kebiasaan. Kebanyakan menu di Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung adalah masakan Thailand.
Restoran ini bukan sekadar menawarkan nasi lemak ayam kampung paling sedap di Ipoh, tetapi pelbagai lagi menu lain yang sedap dan unik boleh didapati di sini. Pelanggan akan disambut oleh belut hidup di dalam akuarium. Selain daripada ayam kampung, belut juga merupakan menu istimewa yang jarang didapati di restoran lain. Pelbagai masakan menggunakan belut segar sebagai bahan utama boleh didapati di sini.
Restoran ini dibuka setiap hari bermula jam 3.30 petang hingga jam 2.00 pagi. Pastikan anda menikmati hidangan pencuci mulut yang disediakan seperti bubur manis yang terdiri dari kacang hijau bubur sagu, pengat pisang madu lebah, bubur pulut hitam, bubur jagung, bubur chaca dan banyak lagi.
Waktu Operasi : 3.30 petang hingga jam 2.00 pagi
Lokasi Kedai
5. Restoran MySatay



Lokasi Kedai
6. Nasi Royale Tok Ayah



Lokasi Kedai
7. D'Polo Cafe Lan's Catering






Lokasi Kedai
8. Le' Fleur





Lokasi Kedai
Jangan lupa follow Facebook MBP: https://www.facebook.com/makanbestperak
Jangan lupa follow TikTok MBP: https://www.tiktok.com/@makanbestperak
Jangan lupa follow Instagram MBP: https://www.instagram.com/makanbestperak
Jangan lupa subscribe Youtube MBP: https://www.youtube.com/@MakanBestPerak
Follow, comment, share and subscribe tau!
#makanbestperak #makanbestmalaysia #makanbestkualakangsar #makanbesthuluperak #makanbestlarutmatangdanselama #makanbestkerian #makanbestkinta #makanbestkampar #makanbestmanjung #makanbestperaktengah #makanbestbatangpadang #makanbesthilirperak #makanbestbagandatuk #makanbestmuallim